:: TAWARAN RAKAN NIAGA ::

Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi rakan niaga @ agen FRESH JELLY KELAPA MUDA KAK ZAH, pihak kami menawarkan harga yang berpatutan untuk anda, bergantung kepada kuantiti yang anda tempah @ order. Berikut Adalah Anggaran Kasar Harga FRESH JELLY KELAPA MUDA KAK ZAH: 


10 cawan - 20 cawan = RM1.50 
 21 cawan - 50 cawan = RM1.40 
 51 cawan - 100 cawan = RM1.20 
101 cawan - 200 cawan = RM1.00 

Di samping itu juga kepada mereka yang berminat untuk menjadikan FRESH JELLY KELAPA MUDA KAK ZAH sebagai pembasuh mulut di majlis-majlis: 

1) Perkahwinan. 
2) Sambutan Hari Lahir. 
3) Pemesyuaratan. 
4) Caterring. 
5) dan lain-lain lagi yang sewaktu dengannya.
 
Kepada yang berminat, sila buat tempahan minimum order 100 cawan untuk penghantaran FRESH JELLY KELAPA MUDA KAK ZAH ke tempat anda. Untuk tempahan sila klik di sini.


 _________________________

* PS: PESANAN @ ODER anda hendaklah dilakukan 2 minggu sebelum tarikh yang anda kehendaki. 
* PSS: Jumlah harga PESANAN hendaklah dilunaskan sepenuhnya (100%) sewaktu anda membuat pesanan muktamat. 
* PSSS: Jumlah harga PESANAN yang sudah dilunaskan tidak akan dikembalikan.

 
 
 

:: SELAMAT DATANG KE SINI ::

Website counter

:: SANTAI ::




1. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kereta pun boleh undur, terlajak kapal terbang takde gear reverse, sori.

2. Bersatu kita teguh,

3. Sudahlah jatuh ditimpa pula tangga lepas tu tercium pulak tahi ayam.

4. Alang-alang mandi biar guna sabun & syampu.

5. Harimau mati meninggalkan belang, isteri mati meninggalkan gelang,
suami mati meninggalkan hutang. (Itulah...lain kali jangan suruh suami beli gelang secara hutang)

6. Sebab mulut santan binasa sebab mulut juga... nasi pun habis.

7. Biar putih tulang jangan kuning gigi (gosok, jangan tak gosok tau)

8. Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang kecuali kalau ada beruk atas pokok tu.

9. Malang tak berbau tapi kentut boleh berbau walaupun tak berbunyi.

10.

11. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal ketiak.

12. Biar korek hidung jangan korek tabung.

13. Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ketepian lama-lama jadi letih.

14. Sayangkan anak tangan-tangankan

15. Kalau padi katakan padi, tidak aku ternanti-nanti, kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi.....boleh blah.......

16. Harapkan pagar, pagar pun tak boleh harap.

17. Tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat kena saman.

18. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, kalau macam tu lebih baik tak payah hujan.

19. Biar lambat asalkan perlahan.

20. Kalau tiada rotan, pelempang ajelah....

21. Habis madu, sepah jangan dibuang merata-rata.

22. Carik-carik bulu ayam lama-lama jadi bulu tangkis badminton, pasti ayam kebogelan.

23. Air dicincang takkan putus tapi kalau daging dicincang tandanya ada kenduri

24. Kerbau berpegang pada tali, manusia berpegang gunakan tangan....

25.

26. Takkan lari gunung dikejar, tapi kalau tak kejar pun gunung tu takkan lari jugak.

27. Patah tumbuh, hilang report polis.

28. Berapa berat mata memandang, berat lagi ahli sukan yang masuk acara angkat berat.

29. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya tak masuk Sukan Olimpik jugak.

30. Kalau ada jarum yang patah jangan disimpan di dalam peti, buang aje beli jarum yang baru.

31.

32. Kajang Pak Malau Kajang berlipat, Kajang hamba makan satay Kajang lagi best......

33. Kalau kail panjang sejengkal, belilah kail yang panjang sikit.

34. Kalau takut dilambung ombak janganlah berumah ditepi pantai, buat rumah jauh-jauh sikit dari pantai la...

35. Pecah kaca pecah gelas, kalau dah pecah tu tak reti-reti nak ganti ke...