: : HUBUNGI : :


UMMI ZAH ENTERPRISE (001869741-V)
2556 JLN SS5,
TAMAN SRI SUTERA,
78000 ALOR GAJAH, 
MELAKA.

Sila Klik Di Sini >    Nak Order Jelly & Sawi Asin

Mobile  :  010-5042261                  
Email    :  jellykakzah@gmail.com

SAWI ASIN / JERUK





Sawi Asin / Jeruk di buat dari sawi segar daripada tanah tinggi Cameron Highland ...di jeruk TANPA bahan pengawet.

                                                          

                                                Klik Di Sini Untuk Beli

:: SIAPA KAMI ::




Merupakan usahawanis bumiputera islam yang diterajui oleh Puan Faizah Bte Hassan yang juga dikenali sebagai Kak Zah @ Kak Lang. 
Kini sudah pun menjangkau belasan tahun, melalui perniagaan UMMI ZAH ENTERPRISE (001869741-V). Sehingga kini, berkat kerja kuat dan semangat tinggi, sudah mengeluarkan produk sawi asin / jeruk selain produk jelly kelapa pandan muda.
kami menerima sambutan yang menggalakkan. Justeru itu, pihak kami bertekad untuk mengembangkan lagi perniagaan ini, seberapa jauh yang mungkin, in sya Allah.





:: KELAPA PANDAN MUDA ::



FRESH JELLY KELAPA PANDAN MUDA KAK ZAH adalah adunan daripada unsur-unsur alamiah (semulajadi) tanpa ada campuran bahan-bahan tiruan seperti warna atau perasa.
Ianya 100% bahan semulajadi yang tidak dicemari oleh bahan-bahan terlarang, sama ada di sisi agama mahupun undang-undang negara.
Ianya Suci, Berkualiti dan Halal.

:: TAWARAN RAKAN NIAGA ::

Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi rakan niaga @ agen FRESH JELLY KELAPA MUDA KAK ZAH, pihak kami menawarkan harga yang berpatutan untuk anda, bergantung kepada kuantiti yang anda tempah @ order. Berikut Adalah Anggaran Kasar Harga FRESH JELLY KELAPA MUDA KAK ZAH: 


10 cawan - 20 cawan = RM1.50 
 21 cawan - 50 cawan = RM1.40 
 51 cawan - 100 cawan = RM1.20 
101 cawan - 200 cawan = RM1.00 

Di samping itu juga kepada mereka yang berminat untuk menjadikan FRESH JELLY KELAPA MUDA KAK ZAH sebagai pembasuh mulut di majlis-majlis: 

1) Perkahwinan. 
2) Sambutan Hari Lahir. 
3) Pemesyuaratan. 
4) Caterring. 
5) dan lain-lain lagi yang sewaktu dengannya.
 
Kepada yang berminat, sila buat tempahan minimum order 100 cawan untuk penghantaran FRESH JELLY KELAPA MUDA KAK ZAH ke tempat anda. Untuk tempahan sila klik di sini.


 _________________________

* PS: PESANAN @ ODER anda hendaklah dilakukan 2 minggu sebelum tarikh yang anda kehendaki. 
* PSS: Jumlah harga PESANAN hendaklah dilunaskan sepenuhnya (100%) sewaktu anda membuat pesanan muktamat. 
* PSSS: Jumlah harga PESANAN yang sudah dilunaskan tidak akan dikembalikan.

:: KAEDAH PEMBAYARAN ::


Sila Masukkan nilai harga JELLY yang anda kehendaki Ke salah satu akaun di bawah melalui apa-apa cara pun yang anda suka, bank in ke, tranfer ATM ke, deposit mesin ke, borang bank in ke..ikut suka anda je.


Untuk urusan order atau pembayaran sila whatsapp kak zah Di Sini







Selepas Anda Selesai Melakukan Pembayaran,
Sila WhatsApp Di SINI



Atau

Sila hantar ke 0105042261



PERHATIAN:


***Proses untuk pengesahan pembayaran mengambil masa sehingga 24 jam @ kurang. Harap bersabar, berilah kami sedikit masa, sebarang kesulitan amat dikesali
.
Sekian Terima Kaseh.



*Sila simpan resit untuk rujukan di kemudian hari











































:: SOAL JAWAB ::

HARAP MAKLUM: 


Berikut adalah soal jawab berkenaan perniagaan FRESH JELLY KELAPA MUDA KAK ZAH sepanjang berurusan dengan para pelanggan. Pihak kami tidak akan menjawabnya apabila persoalan yang diutarakan sudah pun berada di laman ini. Harap maaf ! akan dikemaskini nanti.

 
 
 

:: SELAMAT DATANG KE SINI ::

Website counter

:: SANTAI ::




1. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kereta pun boleh undur, terlajak kapal terbang takde gear reverse, sori.

2. Bersatu kita teguh,

3. Sudahlah jatuh ditimpa pula tangga lepas tu tercium pulak tahi ayam.

4. Alang-alang mandi biar guna sabun & syampu.

5. Harimau mati meninggalkan belang, isteri mati meninggalkan gelang,
suami mati meninggalkan hutang. (Itulah...lain kali jangan suruh suami beli gelang secara hutang)

6. Sebab mulut santan binasa sebab mulut juga... nasi pun habis.

7. Biar putih tulang jangan kuning gigi (gosok, jangan tak gosok tau)

8. Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang kecuali kalau ada beruk atas pokok tu.

9. Malang tak berbau tapi kentut boleh berbau walaupun tak berbunyi.

10.

11. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal ketiak.

12. Biar korek hidung jangan korek tabung.

13. Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ketepian lama-lama jadi letih.

14. Sayangkan anak tangan-tangankan

15. Kalau padi katakan padi, tidak aku ternanti-nanti, kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi.....boleh blah.......

16. Harapkan pagar, pagar pun tak boleh harap.

17. Tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat kena saman.

18. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, kalau macam tu lebih baik tak payah hujan.

19. Biar lambat asalkan perlahan.

20. Kalau tiada rotan, pelempang ajelah....

21. Habis madu, sepah jangan dibuang merata-rata.

22. Carik-carik bulu ayam lama-lama jadi bulu tangkis badminton, pasti ayam kebogelan.

23. Air dicincang takkan putus tapi kalau daging dicincang tandanya ada kenduri

24. Kerbau berpegang pada tali, manusia berpegang gunakan tangan....

25.

26. Takkan lari gunung dikejar, tapi kalau tak kejar pun gunung tu takkan lari jugak.

27. Patah tumbuh, hilang report polis.

28. Berapa berat mata memandang, berat lagi ahli sukan yang masuk acara angkat berat.

29. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya tak masuk Sukan Olimpik jugak.

30. Kalau ada jarum yang patah jangan disimpan di dalam peti, buang aje beli jarum yang baru.

31.

32. Kajang Pak Malau Kajang berlipat, Kajang hamba makan satay Kajang lagi best......

33. Kalau kail panjang sejengkal, belilah kail yang panjang sikit.

34. Kalau takut dilambung ombak janganlah berumah ditepi pantai, buat rumah jauh-jauh sikit dari pantai la...

35. Pecah kaca pecah gelas, kalau dah pecah tu tak reti-reti nak ganti ke...